Imam Masjid Al-Nabawi puji jemaah haji negara, pendirian teguh Malaysia dalam agama

LocalPolitics
7 Aug 2025 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid bersama Imam Masjid Al-Nabawi Madinah, Shaikh Dr. Salah Muhammad Al-Budair (tiga, kanan) hadir pada Majlis Perasmian World Quran Symposium 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis. Turut sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (tengah). - Bernama

KUALA LUMPUR - Imam Masjid Al-Nabawi Shaikh Dr Salah Muhammad Al-Budair menzahirkan penghargaan terhadap jemaah Malaysia yang disifatkan sebagai bersantun, beradab serta berdisiplin tinggi dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sepanjang musim haji.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan kunjungan hormat Shaikh Dr Salah ke atas beliau di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata, dalam pertemuan penuh makna itu, Shaikh Dr Salah turut memuji pendirian Malaysia yang konsisten berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, yang menjadi teras kepada kestabilan dan keharmonian umat Islam di negara ini.

"Saya mendoakan agar Allah SWT terus memberkati usaha dakwah TYT Shaikh Dr Salah dan mengurniakan kekuatan kepada beliau untuk terus menyebarkan cahaya ilmu kepada umat. Insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian di Facebook. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved