
Mengenang kembali kenangan kita dengan Kia ni, paling dekat dengan SK adalah naik kereta Kia ustazah di sekolah dulu.
Rasanya satu Malaysia tahu, ustazah-ustazah kita dulu suka drive keretA SUV dan MPV kan? Samalah dengan ustazah SK dulu.
Tahun 2026 ni, Kia terus menerus menyediakan SUV yang berkualiti, berteknologi dan mengikut peredaran zaman untuk penggunanya.
Baru-baru ini, SK berpeluang memandu Kia Carnival baharu dari Kuala Lumpur ke Janda Baik.
Kia Carnival untuk tahun 2026 ni tak macam dulu. Rekaannya kini sangat moden, lebih tajam dan bukan lagi sekadar memuaskan hati bapak-bapak.
Orang muda pun boleh jatuh hati dengan rekaan terkini Kia Carnival sebelum memandunya. Senang kata, cinta pandang pertama.
Kia Carnival ni memang unik sebab sebuah kenderaan bersaiz MPV tapi perasaan memandu seperti memandu SUV.
SK tak rasa seperti memandu kereta yang panjang bila berada atas lebuh raya tapi kan terasa panjang bila nak parking je.
Dengan enjin 2.2L turbo diesel, Kia Carnival ni tiada masalah nak membelah lebuh raya, jalan berbukit, jalan tak rata apatah lagi jalan bengkang-bengkok.
Kia Sales Malaysia juga membawa masuk dua varian untuk Kia Carnival iaitu varian 7 tempat duduk dan 11 tempat duduk.


Dah boleh bawak satu team bola. Kia Carnival juga lengkap dengan 12.3 inci skirn infotainment yang datang sekali dengan Apple Carplay dan Android Auto.
Untuk sistem keselamatan juga Kia tak pandang remeh, sebab Kia Carnival ni datang dengan ADAS tahap 2 yang lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan.
Ini termasuk Cruise Control, Lane Keep Assist, Anti Collision dan banyak lagi untuk menjamin keselamatan pemandu dan penumpang.
Pengalaman Pemanduan Kia Carnival SUV
Pengalaman SK memandu Kia Carnival SUV baru ni memang berbeza dengan kereta lain sebab macam SK cakap tadi, pandu saiz MPV tapi tetap rasa pandu SUV.
Ruang dalam kabin pun tak bosan, sangat enjoy bila memandu dan satu lagi, enjin turbo diesel ni memang betul jimat. Boleh dapat sehingga 8.4L/100km.


Apa lagi nak? Kereta rekaan sporty, berteknologi terkini, boleh muat ramai orang, jimat minyak lagi, selamat pulak tu.
Kalau anda tengah mencari kereta 7 atau 11 seater memang Kia Carnival calon yang anda wajib masuk merisik.
Maklumat lanjut layari laman web Kia.
