Kia EV9, SUV elektrik 7 penumpang akan diumum 15 Mac 2023

Cars
6 Mar 2023 • 11:36 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tanda kalendar anda pada 15 Mac 2023 ini kerana jenama kereta daripada Korea, katanya akan lancarkan sebuah EV terbaharu iaitu Kia EV9. Berada dalam kategori SUV, konsep kepada EV9 sudahpun di pamerkan seawal 2021 di LA Auto Show.

Kia EV9 akan memanfaatkan platform E-GMP, platform yang sama diguna pakai oleh EV6 sekarang. Maklumat spesifikasi EV9 masih sangat tandus tapi ada beberapa video amatur tertiris di laman web menunjukkan yang rupa sebenar EV9 sangat mirip dengan kereta konsepnya.

Rekaan EV9 sangat mengekspresikan dirinya sebagai SUV seperti penggunaan rupa kekotak untuk memaksimumkan ruang berbanding aerodinamik.

Disebabkan ia memanfaat platform E-GMP, kita boleh jangkakan yang sistem baterinya berada dalam kategori 800V yang menyokong pengecasan DC sehingga 350kW.

Untuk perspektif, KIA EV6 boleh diisi daripada 10% hingga 80% dalam masa 18 minit bila pengecas 250kW digunakan.

Sumber: SoyaCincau

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved