MRT 2 Kwasa Damansara – Putrajaya Sentral akan dibuka 16 Mac 2023 jam 3 petang

4 Mar 2023 • 7:13 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berita baik buat pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang. MRT Corp telah mengumumkan yang MRT Laluan Putrajaya (Kwasa Damansara – Putrajaya Sentral) akan beroperasi bermula 16 Mac 2023 jam 3 petang.

image is not available

Untuk makluman anda, Laluan Putrajaya memiliki kepanjangan 57.7km yang merangkumi 44.2km laluan di atas tanah dan 13.5km laluan di bawah tanah. Sepanjang laluan tersebut, sebanyak 36 stesen telah diletakkan secara strategik dengan beberapa banda baharu sedang dirancang di masa depan seperti:

  • Bandar Malaysia Utara
  • Bandar Malaysia Selatan
  • Taman Teknologi
  • Taman Universiti

Bagi memudahkan penumpang, laluan ini bersilang dengan beberapa laluan sedia ada seperti Laluan Kelana Jaya, Laluan Batu Caves, Laluan Sri Petaling dan KLIA Express.

image is not available

Apabila beroperasi secara penuh kelak, pengendalinya menjangkakan akan mengangkut 104 ribu penumpang setiap hari merentasi wilayah Kuala Lumpur raya. Berikut adalah peta keseluruhan rangkaian transit di Lembah Klang untuk rujukan anda.

image is not available