Kia K4 Hatchback 2025 Diperkenal – Sporty, Praktikal, Tapi Tak Masuk Malaysia?

LocalCars
17 Apr 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kia telah memperkenalkan model hatchback terbarunya, Kia K4 Hatchback, sempena 2025 New York International Auto Show (NYIAS 2025). Walaupun kelihatan cukup menyerlah dengan gaya yang sporty, model ini tidak akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Versi Hatchback Lebih Agresif Berbanding Sedan

image is not availableimage is not available

Model ini sebenarnya adalah versi hatchback kepada sedan Kia K4, tetapi dengan sentuhan lebih agresif. Bahagian hadapan masih mengekalkan identiti rekaan ‘Opposites United’ ciptaan Karim Habib, tetapi sentuhan baharu diberikan selepas tiang B.

Di bahagian belakang, model ini diberikan pemegang pintu jenis terbenam, lampu belakang LED berbentuk L, bampar lebih garang dan spoiler bumbung, menjadikannya kelihatan seperti sebuah hatchback tiga pintu walaupun ia sebenarnya sebuah jentera lima pintu.

Lebih Pendek, Tetapi Lebih Praktikal

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Menariknya, K4 Hatchback 279 mm lebih pendek berbanding sedan, manakala varian GT-Line pula lebih pendek 269 mm. Menurut Kia, saiz lebih kompak ini bukan sekadar untuk gaya, tetapi juga meningkatkan kelincahan pemanduan.

image is not available

Walaupun lebih kecil dari luar, ruang bagasi K4 Hatchback adalah lebih besar dengan kapasiti 629 liter berbanding hanya 413 liter pada sedan. Sekiranya tempat duduk belakang dilipat, ruang simpanan menjadi lebih luas sehingga 1,679 liter, menyamai kapasiti SUV bersaiz sederhana.

Kabin Kekal Premium dan Moden

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

Masuk ke dalam, K4 Hatchback berkongsi hampir keseluruhan susun atur kabin dengan versi sedan. Ia menampilkan kluster digital dwi-skrin, stereng dalam balutan kulit dan butang fizikal untuk kawalan infotainmen dan sistem hawa dingin. Pembeli juga boleh memilih sistem audio Harman Kardon dan pelbagai pilihan warna dalaman.

Dua Pilihan Enjin untuk Pasaran AS

image is not availableimage is not available

Untuk pasaran Amerika Syarikat, model ini hadir dengan dua pilihan enjin iaitu varian asas dengan enjin 2.0L SmartStream aspirasi natural (NA) dan varian berprestasi, GT-Line Turbo. Varian asas menggunakan sistem transmisi boleh ubah pintar (IVT) yang juga sebenarnya sejenis transmisi CVT, bagi menyalurkan kuasa kepada roda hadapan (FWD).

image is not availableimage is not available

Varian GT-Line Turbo pula dapat memuaskan pengguna yang mendahagakan kuasa dengan 190 hp dan tork 264 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan.

Bakal Beri Saingan Sengit Sekiranya Memasuki Pasaran Malaysia

Buat masa ini, tiada petunjuk jelas sama ada Kia K4 Hatchback akan ditawarkan di luar pasaran AS. Namun, jika ia dibawa masuk ke Malaysia, model ini berpotensi memberi saingan sengit kepada hatchback sedia ada seperti Volkswagen Golf dan Mazda3 Liftback yang kini mendominasi segmen hatchback premium.

image is not available