Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah baharu

LocalCars
7 May 2026 • 4:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah baharu Image from: Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah baharu liza07/05/2026 - 16:23 Kia Sales Malaysia mengalu-alukan Cycle & Carriage sebagai rakan pengedar sah baharu, memperkukuh rangkaian dan pertumbuhan Kia di Malaysia Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Mei – Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM) melantik Cycle & Carriage (C&C) sebagai kumpulan pengedar sah baharu di Malaysia sebagai strategi penting pertumbuhan jangka panjang serta peluasan rangkaian Kia di negara ini.

 

Pelantikan ini merupakan langkah strategik Kia Sales Malaysia bagi memperkukuh kehadiran jenama tersebut di pasaran tempatan menerusi kerjasama dengan rakan pengedar yang mempunyai pengalaman luas dalam industri automotif.

 

Kerjasama itu juga mencerminkan komitmen Kia untuk memperkukuh rangkaian jualan serta meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh negara melalui sokongan pengedaran yang lebih menyeluruh.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim, pelantikan Cycle & Carriage yang mempunyai legasi lebih 125 tahun dalam industri automotif Malaysia adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh rangkaian jualan syarikat.

 

Beliau berkata usaha ini bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh negara, selain meletakkan jenama Kia pada kedudukan lebih kompetitif dalam landskap automotif Malaysia yang semakin dinamik.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short berkata Kia merupakan penambahan kukuh kepada portfolio syarikat tersebut sebagai salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia.

 

“Kami berbangga mengalu-alukan jenama Kia dan akan memanfaatkan kepakaran automotif serta kecemerlangan perkhidmatan pelanggan Cycle & Carriage.

 

“Kerjasama ini akan memperluas capaian pasaran Kia serta memberikan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada pelanggan di Malaysia,” katanya.

 

Kerjasama antara Kia Sales Malaysia dan Cycle & Carriage ini menyatukan dua kuasa utama dalam industri automotif tempatan yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

 

Ia turut menawarkan akses jualan yang lebih meluas kepada pelanggan Kia selain sokongan selepas jualan yang dipertingkatkan.

 

Selain itu, pengalaman pemilikan yang lebih premium juga akan dapat dinikmati pelanggan selaras dengan standard global terkini Kia. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article