Kia Sportage Generasi Ke-5 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM150K

LocalCars
4 Dec 2024 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, memperkenalkan Kia Sportage generasi kelima, ke pasaran tempatan.

image is not available

Kia Sportage yang merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) ditawarkan dalam empat varian dengan anggaran harga bermula dari RM150,000

Berikut adalah varian dan harga:

VARIAN

ANGGARAN HARGA JUALAN (RM)

ALL-NEW KIA SPORTAGE 2.0L

RM 150,000.00

ALL-NEW KIA SPORTAGE 2.0L HIGH

RM 160,000.00

ALL-NEW KIA SPORTAGE 1.6T HIGH

RM 180,000.00

ALL-NEW KIA SPORTAGE 1.6T HIGH AWD

RM 190,000.00

Bagi varian 2.0L, ia dikuasakan oleh enjin 4 silinder aspirasi natural SmartStream yang menghasilkan kuasa setakat 156 hp dan 192 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik enam kelajuan.

Manakala dua varian lebih tinggi pula dilengkapi enjin turbo 1.6 liter Theta II 4 silinder dengan output 177 hp dan 265 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan DCT.

Menjengah bahagian luarannya, ia membawa reka bentuk yang moden dan cukup berani.

Selain itu, ia turut membawa rekaan gril Tiger Nose baru, lampu nyalaan siang hari jenis LED dan berbentuk seperti boomerang pada kedua-dua bucu yang sebenarnya memisahkan kepada lampu depan jenis matriks.

Di bahagian belakang pula, terdapat garisan yang nipis yang menyambungkan kedua-dua lampu belakangnya.

image is not availableimage is not available

Lampu belakangnya yang tajam menghasilkan kesan lebar dan kecanggihan, serta memberikan Sportage rupa paras yang cukup yang komprehensif dan moden dari belakang.

Bercakap mengenai kabin varian 2.0L, ia didatangkan dengan skrin TFT-LED berwarna bersaiz 4.2 inci manakala varian Sportage 1.6T pula diberi dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci .

Bagaimanapun, sistem infotainmen dalam barisan Sportage agak berbeza memandangkan varian Sportage 2.0L diberi skrin infotainmen 8-inci dengan pengecaman suara, manakala varian Sportage 1.6Tpula dilengkapi dengan sistem infotainmen berteknologi tinggi 12.3-inci .

image is not available

Antara kelengkapan lain ialah pad skrin sentuh dan paparan sentuhan pelbagai mod, berfungsi sebagai hab pusat untuk ketersambungan, kefungsian dan kebolehgunaan, sekali gus memenuhi keperluan pemandu dan penumpang.

Kesemua varian juga disertakan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sementara itu, varian Sportage 1.6T menampilkan empat port USB, manakala varian 2.0L pula hanya dua port USB.

image is not availableimage is not available

Varian 1.6T juga dilengkapi dengan Surround View Monitor (SVM) manakala varian 2.0L pula dilengkapi dengan kamera undur untuk bantuan pandangan belakang.

image is not available

Tidak ketinggalan, varian Sportage 1.6T AWD dilengkapi dengan sistem bunyi premium Harman Kardon 8 pembesar suara manakala varian Sportage 2.0L, 2.0L High dan 1.6T High didatangkan standard dengan sistem bunyi 6 pembesar suara.

Apapun, kabinnya menampilkan bahan premium, berkualiti tinggi yang lembut dan mewah, manakala tempat duduk hadapan, direka dengan reka bentuk yang sporty, dan menggabungkan inovasi dan keselesaan untuk pengalaman pemanduan yang luar biasa.

Dari segi dimensi, ia mempunya ukuruan panjang 4,660 mm, selebar 1,865 mm, setinggi 1,660 mm manakala jarak roda pula 2,755 mm.

Melihat kepada ukurannnya, ia nyata menawarkan ruang kaki, ruang kepala dan ruang karbo yang terbesar dalam kelasnya.

Kia Sportage hadir dengan ruang karbo sebesar 637 liter dan ruangnya boleh bertambah luas jika kerusi belakang direbahkan.

image is not available

Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan yang canggih.

Antaranya 6 beg udara, Sistem Brek Anti-kunci, Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Bantuan Daki Bukit, Kawalan Brek Turun Bukit, ISOFIX, Lampu Suluh Tinggi, Amaran Perlanggaran Titik Buta, Bantuan Mengelak-Perlanggaran Titik-Buta, Bantuan Perlanggaran Trafik Melintan Belakang (RCCA).

Namun varian 2.0L High dan 1.6T mempunyai ciri Bantuan Kekal Lorong. Bantuan Mengelak-Perlanggaran Hadapan (FCA), dan Junction Turning.

Kedua-dua varian ini juga mempunyai ciri Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Bantuan Mengikut Lorong (LFA) dan Kawalan Pelayaran Pintar (SCC).

Bagi yang berminat, Kia Sportage hadir dalam empat warna: Astra Blue, Meteor Grey, Snowflake White Pearl, dan Jet Black.

Kia Sportage CKD ini hadir dengan jaminan pengeluar selama 5 tahun atau sehingga 100,000 km serta pakej servis percuma selama 5 tahun atau 100,000 km.