Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari XXXXX

LocalCars
4 Dec 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan secara rasminya Nissan Kicks e-Power ke pasaran tempatan.

Versi import sepenuhnya dari Thailand itu akan ditawarkan kepada kita dengan dua varian iaitu VL dan VLT.

Varian VL ditawarkan pada harga RM113,800 manakala VLT biasa berharga RM121,800 manakala VLT (2-tona warna pula (RM125,800).

Apa yang menarik mengenai Nissan Kicks e-Power, ia adalah model pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi hibrid elektrik inovatif e-Power.

image is not availableimage is not available

Teknologi ini menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan sistem motor elektrik, menjadikannya sebuah model Extended-Range Electric Vehicle (EREV).

Sistem EREV Kicks e-Power dipasangkan dengan enjin petrol 1.2 liter 3 silinder sebagai penjana kuasa untuk motor elektrik depan dan bateri 2.1 kWj.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Ia mampu menghasilkan kuasa 127 hp (129 ps) dan tork 280 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat.

Dengan sistem trenkuasa ini, Kicks e-Power menjanjikan penjimatan bahan api yang tinggi, dianggarkan boleh mencapai jarak 21.7 km dengan 1 liter minyak, dan boleh menempuhi perjalanan sehingga 900 km dengan tangki penuh 41 liter.

image is not availableimage is not available

Walaupun, kedua-dua varian ini menggunakan trenkuasa yang sama namun varian tertinggi, VLT dilengkapi dengan sistem keselamatan ADAS yang berjaya meraih penarafan 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

image is not available

Dari segi rekaannya, Kick e-Power yang ditawarkan di Malaysia bukanlah varian generasi ke-2 yang terbaharu.

Namun, ia tetap menampilkan gaya berani dan kontemporari generasi pertama yang terkenal, diserlahkan oleh gril V-Motion, bumbung terapung dan elemen pencahayaan LED.

image is not available

Menjengah bahagian kabinnya, Nissan Kicks juga dilengkapi dengan skrin infotainment 8 inci, sistem kemasukan tanpa kunci, ada sambungan Apple CarPlay, Android Auto, paparan l digital 7 inci, brek parkir elektronik dan menawarkan ruang but seluas 423 liter.

image is not available

ETCM menawarkan Kicks e-Power dengan pakej waranti menarik termasuk waranti standard kenderaan selama 5 tahun atau 100,000 km dan waranti selama 8 tahun atau sehingga 160,000 km untuk bateri bervoltan tinggi, inverter, ECU dan motor elektrik.

Untuk 500 pelanggan awal, mereka akan diberi rebat sebanyak RM5,000

Untuk keterangan lanjut, baca review kami di: KLIK!