Kiah Propa Sebak, Perfume Hadiah Terakhir Untuk Arwah Suami - “Siapa Sangka Esoknya Awak Tinggalkan Saya…”

5 Apr 2025 • 8:59 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan pengacara, Kiah Propa meluahkan rasa sebak apabila teringat kembali hadiah terakhir iaitu minyak wangi yang sempat diberikan kepada arwah suaminya, Mohamad Nazri Ismail, 57.
 

Hadiah terakhir

 


Menerusi perkongsian di Instagram, Kiah bersyukur kerana dapat menunaikan kesemua impian arwah suaminya.


 

“Hadiah terakhir saya untuk awak… Arwah masa hiduo suka sangat dengan perfume lagi-lagi bau bau oud.
 
“Siapa sangka esoknya awak tinggalkan saya… 30 Ramadan saya carikan perfume awak.
 
“Alhamdulillah awak suka baunya tapi sayang awak tak dapat nak pakai perfume tu.

 


“Saya akan simpan perfume ni buat kenangan… Semua impian awak saya dah tunaikan. Al-Fatihah untuk suamiku,” coretnya.

        View this post on Instagram                      

A post shared by (@kiahpropasebenarr)

 


Terdahulu, Nazri telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada 1 April.


 


Kiah Propa dan Nazri pernah mendirikan rumah tangga pada 2011, namun, bercerai pada 2016 dan rujuk semula pada 16 November lalu.


 


Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan berusia 13 dan sembilan tahun.


 


Kiah dilaporkan kembali bersama suaminya dengan niat ingin menjaganya yang menghidap kanser.


 


Malah, menurut wanita itu, dia sendiri yang melamar suaminya demi memberikan sokongan dan semangat.


 


Kiah berkata, perkahwinan itu juga bagi mengelakkan fitnah selain memudahkan dirinya untuk menguruskan suami.


 


Allahyarham disahkan menghidap kanser leher dan kelenjar air liur, November lalu.