Kian Meng-Pei Jing jumpa Tang Jie-Ee Wei suku akhir

23 May 2024 • 1:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kian Meng-Pei Jing mara ke suku akhir Malaysia Masters selepas melepasi ujian di pusingan kedua pada Khamis. Foto BAM

BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke suku akhir Malaysia Masters selepas melepasi ujian di pusingan kedua pada Khamis.

Kian Meng-Pei Jing yang tampil dengan status pilihan kelapan bagaimanapun ditewaskan lawan dari bumi Korea Selatan, Wan Chan-Shin Seung-chan 15-21 pada set pertama.

Beregu negara yang berkedudukan 24 dunia itu kemudiannya tenang bangkit menyamakan kedudukan dalam aksi sengit 21-19 bagi mengheret perlawanan ke set ketiga.

Set penentuan Kian Meng-Pei Jing diberikan tentangan sengit sebelum menutup laluan ke suku akhir Wan Chan- Seung-chan (102 dunia) dengan kemenangan 21-19 dalam masa 66 minit.

Di suku akhir, Kian Meng-Pei Jing berdepan pilihan pertama kejohanan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menyingkirkan wakil India Reedy B Sumeeth-Reddy Sikki, dalam aksi straight set 21-9, 21-15 dalam masa 35 minit.

Sementara itu, cabaran pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berakhir di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Thailand, Busanan Ongbamrungphan 10-21, 14-21 dalam masa 37 minit.

Jin Wei mara pusingan 16 selepas mengenepikan cabaran pemain Ukraine, Polina Buhrova, 21-16, 18-21, 21-14.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved