Kian Meng-Pei Jing kandas di separuh akhir

8 Aug 2022 • 1:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kian Meng-Pei Jing. - Foto FB BAM

PASANGAN beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal mara ke final acara badminton individu Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila tewas kepada pasangan Singapura, Terry Yong-Jessica Tan, 23-25, 17-21 pada aksi separuh akhir di Pusat Pameran Nasional (NEC), Birmingham, sebentar tadi (Ahad). Setelah cemerlang menewaskan pasangan tuan rumah, Callulm Heeming-Jessica Pugh 22-20, 21-11 pada Jumaat, Kian Meng-Pei Jing yang merupakan pasangan menduduki ranking ke-11 dunia ketika ini, terpaksa akur dengan aksi pantas dipamerkan Terry-Jessica pada aksi separuh akhir berkenaan. Bermula garang sejak awal permainan, Kian Meng-Pei Jing terpaksa mengharungi tentangan sengit oleh pasangan Singapura berkenaan hingga menyaksikan mereka tewas 23-25. Set kedua menyaksikan pasangan negara mula mempamerkan kebangkitan apabila dilihat mengasak pasangan Singapura dalam usaha mengheret permainan ke set penentuan. Bagaimanapun, Kian Meng-Pei Jing dilihat gagal menyekat aksi pantas dipamerkan Terry-Jessica sebelum tewas 17-21. Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Teryy Jessica melebarkan rekod kemenangan 3-0 ke atas Kian Meng-Pei Jing hasil daripada tiga pertemuan sebelum ini. Kekalahan turut menyaksikan Kian Meng-Pei Jing gagal mengulangi pencapaian pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang meraih gangsa ketika temasya Sukan Komanwel Gold Coast pada 2018.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved