Kibar Jalur Gemilang, bendera Sabah semarakkan Bulan Kebangsaan: Jahid

LocalPolitics
24 Aug 2024 • 4:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Tuaran: Rakyat di negeri ini diminta terus mengibarkan Jalur Gemilang, bendera Sabah sama ada di rumah, kenderaan atau premis masing-masing bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim.

Beliau berucap mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, rakyat perlu mengambil bahagian dalam Inisiatif “1 Rumah 1 Jalur Gemilang”, yang memberi peluang kepada setiap individu untuk menunjukkan rasa cinta dan penghargaan kepada negara.

“Dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah di setiap rumah, kita bukan sahaja memeriahkan suasana Hari Kemerdekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berucap pada perasmian Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Daerah Tuaran di Dewan Masyarakat Pekan Tenghilan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Menurut beliau, tahun ini merupakan tahun yang istimewa khas buat rakyat Sabah kerana ianya julung kali Hari Kebangsaan dan Hari Sabah disambut serentak secara rasmi selepas Hari Sabah diwartakan secara rasmi pada 05 Jun yang lalu.

“Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah penting bagi Sabah kerana ia adalah masa bagi rakyat menghayati erti kebebasan daripada belenggu penjajahan selama berpuluh tahun.

“Merdeka juga bukan sekadar kata keramat yang mengandungi tujuh huruf dan memiliki tiga suku kata namun ia adalah hasil dari azam kukuh untuk menebus maruah bangsa, ia adalah hasil dari perjuangan suci untuk membela tanah pusaka.

“Merdeka adalah puncak pencapaian satu perjuangan untuk memulakan perjuangan baru yang dibina atas tiang sejarah, untuk membina sejarah baru. Merdeka adalah milik berharga negara bangsa,” tegasnya.

Jahid mengulas lanjut, usaha mewarna dan mencorak masa depan negara terletak pada iltizam dan kesungguhan generasi muda kerana di bahu merekalah letaknya harapan agar negara terus bersatu dan berpadu.

“Di bahu warga muda akan kita galaskan amanah agar negara terus makmur dan sejahtera. Kepada merekalah akan kita wariskan tanggungjawab untuk terus memajukan negara.

“Tuhan telah melimpahkan bumi ini dengan kekayaan dan pelbagai peluang, justeru warga muda wajib merebut peluang yang terbentang luas ini dengan membina keupayaan dan mencipta kejayaan lebih cemerlang dan gemilang supaya negara menjadi terbilang,” ujar beliau.

Beliau menambah, Program KMJG bukan sekadar acara tahunan, tetapi adalah simbol perpaduan, kebanggaan dan kesyukuran kita sebagai rakyat Malaysia.

“la sekali gus mengingatkan kita akan pengorbanan dan usaha gigih para pahlawan negara yang telah berjuang demi kebebasan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati sehingga hari ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.