Kieda Crepe Ada Sebab Mengapa Simpan Barang Kemas Di Rumah

4 Jun 2024 • 2:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kieda crepe

Susulan insiden rompakan di rumah usahawan terkenal, Kieda Crepe, ada netizen menuduh usahawan berkenaan menjadi punca rumah dipecah masuk.

Netizen menuduh Kieda suka menunjuk-nunjuk barang kemas yang ada sehingga menarik perhatian orang jahat.

image is not available

Memetik laporan mStar, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra menjelaskan sebab dia menyimpan barang kemas bernilai RM800,000 di rumah bukannya bank.

image is not available

Kieda berkata sebagai manusia biasa semangatnya lemah apabila sentiasa menjadi bahan kecaman netizen Malaysia setiap hari.

Jadi dia menjadikan barangan kemas itu sebagai sumber kekuatan dan perlu sentiasa berada dekat dengannya.

Untuk mengembalikan semangat, sesekali usahawan ini akan membuka peti besi dan membelek barangan kemas miliknya.

image is not available

Kieda mengaku dengan cara itu hatinya akan kembali ceria dan bersemangat. Namun begitu, dia sudah mengambil langkah keselamatan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan jeriji besi di rumah.

Tapi benda nak jadi kan.

Jelas Kieda, ini merupakan kejadian rompakan pertama yang berlaku di rumahnya. Sebelum ini, premis perniagaannya hampir dipecah masuk seorang penagih dadah yang dikenali. Nasib baiklah insiden itu sempat dipatahkan.

image is not available

Menurut Kieda lagi, barangan kemas disimpan di dalam peti besi yang mahal harganya. Peti besi itu seberat 200kg dan susah untuk dipecahkan.

Pencuri tu mungkin dalam dua hingga empat orang. Mereka sama-sama angkat peti besi letak atas kereta.

Usahawan ini yakin pelaku dalam kalangan warga tempatan yang mengetahui selok belok rumahnya dan kawasan sekitar kerana mereka tahu laluan keluar mana yang tak ramai orang.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.