Kieda Crepe kesal dituduh suka menunjuk punca rumah kena pecah

4 Jun 2024 • 1:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe kesal dituduh suka menunjuk punca rumahnya dipecah masuk sehingga mengakibatkan kerugian mencecah hampir RM1 juta.

Masih punya iman untuk bersangka buruk dengan orang lain

Menurut Kieda atau nama sebenarnya, Siti Nur Khalieda Yusra binti Mohd Jais, 27 dia masih lagi mempunyai iman dan enggan bersangka buruk kepada beberapa pihak yang menuduhnya suka menunjuk.

image is not available

Kieda Crepe kesal dituduh suka menunjuk, kongsi kejadian untuk mohon doa

Jelasnya, dia berkongsi kejadian tersebut di media sosial kerana berharap orang ramai dapat mendoakan agar perompak yang memecah masuk ke rumahnya segera ditangkap.

“Saya masih ada iman, saya tak suka berburuk sangka dengan orang lain dan saya cuma mengharapkan doa kalian supaya perompak ni cepat ditangkap,” tulisnya.

image is not available

Setakat ini, usahawan terbabit masih lagi menunggu perkembangan semasa daripada pihak Polis Diraja Malaysia berhubung kes pecah rumah melibatkan barang kemas di dalam peti besi seberat 200 kilogram di rumahnya.

@kiedacrepepenang

800ribu bukan nilai yang sikit . Semoga cepat-cepat dapat jawapan. 40 hari dah kieda sabar #kiedacrepe

♬ original sound – KIEDACREPEPENANG – KIEDACREPEPENANG

Susulan daripada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Kieda serta suami diatas ujian yang sedang mereka hadapi.

Warganet juga menyatakan mungkin kejadian tersebut menjadi titik permulaan untuk mereka mendapat rezeki yang berlipat kali ganda berbanding apa yang telah dirompak.

image is not available

 

image is not available

 

image is not available

 

image is not available

Sumber: TikTok kiedacrepepenang