Kieda Crepe Buat Kerja Gila’ Hapuskan Sistem Sokong Vendor Sehari, Netizen Kata Sebab Tak Laku – “Barang Tak Jalan La Tu”

19 Jan 2024 • 10:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, cara usahawan dari utara, Kieda Crepe menjalankan bisnes iaitu dengan sistem pembelian ‘support vendor’ mendapat banyak respon daripada netizen di media sosial.

Namun, menerusi satu video Kieda mendedahkan dia membuat keputusan untuk menghapuskan cara penjualan seperti itu di kedainya semalam.

 

Belilah apa pun

Kata Kieda, pada mulanya dia bermesyuarat membincangkan projek baru yang akan dijalankan namun mendapat idea untuk membuat ‘kerja gila’ seperti itu.

Kerja gila yang susah saya nak buat. Saya tak buat selalu. Tahun lepas sekali saja saya buat macam ni, bulan puasa. Belilah apa apa hampa nak beli pun.

@kiedacrepepenang SEBAB SEMALAM MEETING ADA NEW PROJECT KITA NAK JALANKAN , HARINI RASA MACAM NAK BUAT KERJA GILA Kerja gila yang susah saya nak buat! HARINI NO SUPPORT VENDOR DI HQKIEDA CREPE PENANG Harini sahaja dulu kita buat kerja gila 18.1.2024 KHAMIS NO SUPPORT VENDOR DI HQKIEDACREPE , PENANG Nak beli produk kieda saja? Silakan TAPI BERCOMBO Crepe Bantal 3 ketul , mini mille cheese & Mini mille biasa Personal Shopper saya limitkan! Tumpang kerja gila kieda tengah kieda jalankan ni. Cepat share Harini kedai buka pukul 1petang-10Malam Lalamove pun on macam biasa #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang ♬ DJ SIKO AIDO MUNGKENYA MUNGKENYA VIRAL TIK TOK FULL BASS – SAMMOCHY YETE

 

Sebab tak laku?

Sudah tentu ramai pelanggan berpusu-pusu datang ke kedai Kieda untuk membeli produknya namun menerusi ruangan komen ada sesetengah warganet memberi komen tentang keputusan tersebut.

Mereka mendakwa Kieda membuat keputusan sebegitu kerana hasil jualannya sejak kebelakangan ini agak tidak memberansangkan.

image is not available image is not available image is not available

Namun, ada yang memberi pesanan berharap agar Kieda meneruskan sisterm sebegitu dan tidak ‘memaksa’ pelanggan membeli barangan vendor.

image is not available 2 months ago

"Depa Buat Kieda Macam Ketua Yang Bodoh.." - 12 Pekerja Kantoi Kutuk Bos Dalam 'Group Chat', Kieda Crepe Pecat 5 Orang