Kieda Crepe Buang Syarat ‘Support’ Vendor Untuk Sehari, Netizen Tanya “Dah Tak Laku Ke?”

19 Jan 2024 • 1:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kieda crepe

Usahawan dessert terkenal dari Pulau Pinang, Kieda pada 18 Januari membuang syarat ‘wajib’ yang dikenakan kepada pelanggan berkenaan makanan vendor di premisnya.

Kieda atau nama sebenarnya, Nur Khalieda Yusra membuat kerja ‘gila’ iaitu memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli hanya produk dijualnya tanpa had.

Kieda Crepe buang syarat ‘support’ vendor

Yang nii betul-betul kerja gila aku buat. Susah aku nak buat tapi semalam kita meeting, untuk hari ini 18 Januari 2024, HQ Kieda Crepe tak buat support vendor. So yang mana nak beli produk Kieda sahaja jemput mai hari ini sebab saya tak buat selalu.

Saya susah sangat nak buat, setahun sekali saja. Tahun lepas bulan puasa saya buat sekali. Untuk hari ini, tak ada support vendor tapi pembelian combo tanpa limit.

Buat benda baik pun kena kutuk! Di ruangan komen ada netizen memerli usahawan ini mendakwa barangan dijualnya tak laku membuatkan dia terpaksa menukar strategi.

“Layankan kerja gila saya ni” – Kieda

image is not available

Tak kurang juga yang meninggalkan komen pedas, hanya mahu support vendor seperti yang disyaratkan sebelum ini.

@kiedacrepepenang Replying to @Zuhaire.yusri peninggg laa hampaa ni #kiedacrepe ♬ original sound – kiedacrepe

Tak berdiam diri, Kieda meminta pelanggan belajar erti bersyukur dan tidak meninggalkan komen yang bukan-bukan.

Pandai je cakap Kieda tak ada pelanggan kan? Dari dulu sampai sekarang, ramai je yang beratur nak dapatkan air tangan usahawan popular ini.

Kredit: TikTok Kiedacrepe

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.