Kieda Crepe nak jadi penghuluwati, seru ‘geng lembik lutut’ ikut sertai PLKN

3 Nov 2023 • 4:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Berita tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan dilaksanakan semula telah menjadi perdebatan ramai susulan ada dakwaan mengatakan semua warganegara Malaysia berusia 16 hingga 35 tahun yang dipanggil diwajibkan untuk menyertainya.

Nama tiba2 kena ‘petik’ netizen

Disebabkan itu, beberapa nama influencer telah ‘dipetik’ netizen untuk menjadi peserta program berkenaan memandangkan banyak isu melibatkan mereka sejak kebelakangan ini.

Salah seorang yang menjadi ‘pilihan’ netizen adalah usahawan kontroversi, Kieda Crepe dan beberapa lagi influencer yang kerap menghiasi media sosial dengan pelbagai video viral.

image is not available

Kieda Crepe sedia jadi penghuluwati

Disebabkan itu, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra telah membuat video memaklumkan yang dirinya mahu menjadi penghuluwati di PLKN nanti dan mengajak pihak-pihak yang lembik lutut untuk turut sama mendaftar.

Usahawan itu juga berharap agar dapat menjadi ketua yang berjaya dan mengalu-alukan semua yang mengecamnya untuk menjadi anak-anak penghuluwati.

@kiedacrepe

Daftar nama anda untuk sertai PLKN bersama penghuluwati kieda #kiedacrepe

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Kieda Crepe baran, tak buat apa2 tapi kena kecam

Dia akui sedikit bengang apabila tiba-tiba sahaja namanya dipetik sedangkan dia hanya berniaga dan langsung tidak menggangu orang lain.

Jadi, dia secara berseloroh meminta agar semua yang terlibat dalam PLKN meletak jawatan dan membiarkan dia sahaja yang mengendali program tersebut.

image is not available

Hanya untuk yang lahir bermula tahun 2007

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan rasmi pihak Kementerian Pertahanan, PLKN 3.0 ini hanya untuk remaja yang lahir pada 2007 (untuk pelaksanaan tahun 2024).

Jika pelatih tidak dapat menyertainya atas sebab dibenarkan, mereka boleh membuat penangguhan had umur sehingga usia 35 tahun.

image is not available

Terdahulu, pihak kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula PLKN yang telah dimansuhkan pada tahun 2018 menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, dengan anak muda akan menjalani latihan di kem tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 pelatih.

Sumber: TikTok kiedaAmy