Pempengaruh dan usahawan pencuci mulut terkenal, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe, memberi nasihat kepada anaknya yang didakwa diganggu di sekolah. Menerusi video terbaru di TikTok, Kieda mendedahkan bahawa ibu bapa pelajar yang terlibat masih menyalahkan anaknya.
Namun, Kieda yakin anaknya berada dalam keadaan baik dan kuat seperti dirinya yang sering menjadi sasaran di media sosial.
Terima kasih sebab ‘try hard’ ganggu mental kami. Cari salah anak kami sedangkan anak tuan puan dulu yang angkat tangan mengaku buat anak kami.
Alhamdulillah, anak saya dalam keadaan baik dan kuat seperti saya. Terima kasih semua pihak yang terlibat.
Hal yang terburuk akan menjadi yang terbaik untuk kami.- Katanya.
Tambahnya, anaknya kini ditempatkan di kelas baru dan dia menasihati anaknya supaya terus bersabar.
Hari ini mula masuk ke kelas baru, kalau ada kawan-kawan yang ambil barang atau mengejek..jangan pukul mereka.
Kalau dia cakap crepe ibu tak sedap, ibu tak lawa, ibu hitam..biarkan sahaja dan beritahu cikgu. Janji dengan ibu, ibu kenal anak ibu macam mana.
Sakit macam mana pun sabar. Ibu kena dengan satu Malaysia, jadi ibu tahu abang boleh bersabar. Biar orang ejek kita..tapi abang adalah anak yang baik.- Nasihatnya lagi.
Kieda turut memberi motivasi kepada anaknya, mengingatkan bahawa sabar adalah kekuatan dalam menghadapi cabaran.

Jap!
