Kieda Crepe Pelik Mana Pelanggan ‘Lari’, Kedai Sunyi Sepi

21 Sep 2023 • 1:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Melalui laman Instagram usahawan sensasi, Kieda Crepe, dia ada memuat naik video memaparkan keadaan terkini kedai pencuci mulutnya yang terletak di Penang itu.

Kata Kieda atau nama sebenar, Nur Khalieda Yusra, kedainya kini berhadapan dengan penurunan dalam kehadiran pelanggan yang selalunya akan beratur demi membeli pencuci mulut di kedai terbabit.

Bahkan dapat dilihat dalam video, suasana di kedai terbabit sangat sepi dan tidak seperti sebelum ini, dimana sambutan sangat luar biasa.

Semua duduk rumah ke? Buat cekodok ke? Kedai Kieda sistem dia support vendor baru support Kieda tau.

Meninjau di ruangan komen video terbabit, rata-rata netizen memberitahu kenaikan harga barang ketika ini membuatkan diri mereka lebih berhemah apabila berbelanja.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai juga berkata bahawa mereka enggan menyokong perniagaan Kieda kerana sistem vendor yang diamalkan olehnya.

image is not available

Sekadar info, Kieda memaklumkan kepada pembeli bahawa mereka perlu membeli sejumlah produk keluaran vendor di kedai berkenaan sebelum membeli produk keluarannya.

Kredit: Instagram 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.