“Mana semua orang?” – Sunyi Sepi, Kieda Crepe Pelik Orang Tak Datang Kedai ‘Support’ Vendor

Entertainment
21 Sep 2023 • 5:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Usahawan yang terkenal dengan menu crepe, Kieda baru-baru ini memuat naik satu hantaran video memaparkan keadaan terkini kedai pencuci mulutnya yang terletak di Penang.

Dalam video itu, Kieda atau Siti Nur Khalieda Yusra mendedahkan kedainya yang tular dengan menggunakan sistem support vendor itu berdepan penurunan dalam jumlah kehadiran pelanggan.

Dapat dilihat, suasana lengang di hadapan kedai yang mana situasi tersebut cukup berbeza dengan sambutan luar biasa yang diterimanya sebelum ini.

“Mana pergi semua orang ni? Bezanya orang membeli dulu dan sekarang.

“Semua duduk rumah ke? Buat cekodok ke? Kedai Kieda sistem dia support vendor baru support Kieda tau,” tulisnya di ruangan kapsyen video itu yang dirakam pada waktu malam.

Video terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya meninggalkan komen mengenai sistem support vendor yang diamalkan dalam kedainya.

Malah, netizen turut memberi alasan kenaikan harga barang ketika ini membuatkan mereka lebih berhemah apabila berbelanja.

image is not available image is not available

Meninjau respon video yang diberikan, dapat dilihat Kieda tetap dengan pendiriannya menggunakan sistem tersebut.

Sebelum ini, nama Kieda kembali naik susulan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mengulas mengenai hukum peniaga meletakkan syarat untuk membeli barangan vendor sebelum membeli barangan jualannya.

Namun, Kieda menegaskan dia tidak pernah memaksa pelanggan membeli makanan yang dijual di kedainya dan sepatutnya semua pelanggan sudah sedia maklum mengenai cara jualannya sebelum membeli.

Adat berniaga, pasti akan ada pasang surutnya. Yang penting kena tabah dan teruskan berusaha.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.