Kilafairy Sekali Lagi Muat Naik Foto Mencolok Mata Walaupun Bertudung Undang Perhatian Netizen

22 Nov 2023 • 11:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kami ada melaporkan yang satu akaun bisnes produk jamu memuat naik video yang menunjukkan selebriti jelita, Kilafairy sedang mempromosikan produk tersebut di Tiktok.

Penampilan dan pakaian Kilafairy dalam video berkenaan telah menarik perhatian ramai kerana terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya telah mengundang perhatian ramai.

Belum habis lagi pasal itu, Kilafairy sekali lagi memuat naik foto di akaun Instagram miliknya yang didakwa masih seksi dan menampakkan bentuk badannya.

Hantaran yang dimuat naik itu dipercayai ketika Kilafairy menghadiri sebuah acara dengan mengayakan busana jumpsuit berwarna hijau buat ramai netizen mempersoal cara dirinya berpakaian.

Kalau korang tengok ruangan komen, ada segelintir netizen yang mengecam pelakon berkenaan mengenakan busana yang tidak patut digayakan sebagai seorang Muslim.

image is not available

Makin lama makin tak faham apa motif dia bertudung. Hidup ni kalau nak viral atau popular sekelip mata memang mintak nak kecam ke?

Bukan tu jer, ada juga yang mempersoalan tujuan Kilafairy ini bertudung jika memakai pakaian ketat begitu. Apa pandangan korang?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media