Kilang Di Kelantan, Ada Yang Ingin Tahu Kilang Khairul Aming Dapat Air Bersih Dari Mana?

Entertainment
4 Feb 2024 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, ramai yang kagum dengan kejayaan pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang berjaya menjual 80 ribu unit produk terbarunya iaitu Dendeng Nyet Berapi dalam masa lebih kurang tiga minit sahaja.

image is not available

Memang power lah kan!

Namun, dalam masa yang sama, ada juga warganet yang ingin tahu dari manakah kilang Khairul Aming yang terletak di Kota Bharu, Kelantan mendapat sumber air bersih.

Ini kerana kita sudah sedia maklum bahawa sumber air bersih di Kelantan sememangnya bermasalah di sesetengah tempat.

image is not available

Ada warganet lain pula yang berpendapat mungkin Khairul Aming sudah memasang penapis air yang berkualiti tinggi di kilangnya.

image is not available

Selain itu, ada juga yang mengatakan tak semua kawasan atau daerah di Kelantan mengalami masalah air kotor sebab memang ada kawasan yang airnya bersih-bersih sahaja.

image is not available

image is not available

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan penduduk di Kelantan juga menggunakan air telaga tiub atau boring air untuk mendapatkan air bersih di kediaman masing-masing.

Sumber: X

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.