Kilang kitar semula terbakar

LocalEnvironment
3 Jul 2025 • 8:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kebakaran sebuah kilang di Semenyih Teknologi Park, di sini, pada Khamis.

image is not available
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kilang kitar semula. Foto ihsan JBPM Selangor

image is not available
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kilang kitar semula. Foto ihsan JBPM Selangor

image is not available
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kilang kitar semula. Foto ihsan JBPM Selangor

KAJANG – Sebuah kilang kitar semula di Semenyih Teknologi Park, di sini, terbakar, pada Khamis.

**media[3187536]**

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.33 pagi

**media[3187539]**

"Seramai 37 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih serta bantuan BBP Bangi, BBP Pandan Indah, BBP Kajang dan BBP Mantin dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

**media[3187537]**

Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak di kilang berkenaan.

“Anggaran kemusnahan 70 peratus, kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan," katanya.

 

 

View Original Article