Kilang Magnet Nadir Bumi Bernilai RM600 Juta Akan Dibina Di Pahang

LocalBusiness & Finance
3 Nov 2025 • 12:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah kilang magnet “super” akan dibina di Pahang menerusi kerjasama syarikat Korea Selatan JS Link dan Lynas Malaysia. Ini diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hujung minggu lalu ketika menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan.

image is not available

Kilang magnet unsur nadir bumi neodymium-besi-boron akan dibina oleh JS Link berhampiran lokasi kilang pemprosesan unsur nadi bumi Lynas yang terletak di Kuantan dengan ia menelan belanja RM600 juta. Walaupun MoU antara kedua-dua syarikat baru sahaja ditandatangani, JS LIink sudahpun membeli tanah tapak kilang akan dibina.

Magnet unsur nadir bumi ialah komponen penting dalam industri kereta elektrik (EV), elektronik, perubatan dan kincir angin yang menjana tenaga elektrik. Penglibatan Malaysia dalam penghasilannya dilihat sebagai langkah menghasilkan sumber bekalan alternatif kepada China.

China memegang 90% pengeluaran magnet unsur nadir bumi pada ketika ini. Tahun ini apabila China mengawal eksport sebagai balasan kepada Tarif Trump, ia menyebabkan rantaian bekalan terjejas sehingga mengancam pengeluaran global.