Kilang perabot di Batu Caves musnah terbakar

LocalHome & Living
30 Aug 2025 • 10:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kebakaran kilang di Batu Caves pada Sabtu

image is not available
Keadaan kebakaran kilang di Batu Caves pada Sabtu

GOMBAK – Sebuah kilang perabot di Taman Perindustrian Batu Caves di sini musnah dalam kebakaran pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.59 pagi.

"Seramai 31 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Rawang, Gombak Selatan, Sungai Buloh, Petaling Jaya serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gombak digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh lapan kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

**media[3255883]**

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian, mendapati premis berkenaan terbakar 80 peratus.

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu dan usaha pemadaman masih dijalankan di lokasi," katanya.