Kilang Perabot Dua Tingkat Musnah Dalam Kebakaran

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2024 • 12:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kilang Perabot Dua Tingkat Musnah Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Sebuah kilang perabot dua tingkat di Petaling Jaya musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan premis yang berkeluasan 2,000 kaki persegi itu 90 peratus musnah selepas kebakaran berjaya dikawal.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terlibat ialah BBP Petaling Jaya dibantu oleh BBP Damansara, BBP Penchala, BBP Puchong, BBP Subang Jaya dan BBP Serdang,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 44 anggota dan 14 jentera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 10.46 malam dan kebakaran terkawal pada 11.30 malam.

Sumber: BERNAMA