
Kota Kinabalu: Lima kanak-kanak berusia tiga hingga 14 tahun, rentung dalam kebakaran di sebuah penempatan setinggan di Likas, di sini, petang Isnin.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Raina Adrian, 10, dan adiknya Raida, 3, dan Raisa, 4; serta dua anak jiran mereka – Siti Faridah Wahid, 3, dan kakaknya Almidah, 14.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Farhan Sufyan Borhan berkata, mayat mangsa yang kesemuanya perempuan ditemui pada 2.40 petang.
Beliau berkata, kebakaran melibatkan tiga rumah setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, yang musnah sepenuhnya, termasuk sebuah kedai runcit, sebuah stor dan dua kenderaan.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Sepasukan 35 pegawai dan anggota, bersama jentera bomba dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), tiba di lokasi pada 12.57 tengah hari dan mengawal kebakaran pada 1.29 tengah hari.
“Siasatan awal menunjukkan kebakaran bermula di rumah paling hampir dengan longkang monsun,” kata Farhan sambil menambah punca kebakaran masih belum dapat dipastikan.
Kebakaran itu menjejaskan sembilan keluarga yang terdiri daripada 27 orang.
Terdahulu, seorang ibu lima anak berusia 38 tahun di tempat kejadian melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa dua anak perempuannya, berusia tiga dan 14 tahun, mungkin masih terperangkap di dalam rumah yang terbakar.
“Kami tinggal di tingkat atas. Saya turun sekejap apabila perasan ada asap,” kata suaminya, Wahid, 44.
Katanya, isterinya cepat-cepat naik untuk mendapatkan anak perempuan mereka tetapi api terlalu marak.
Sebuah lagi keluarga yang kehilangan tiga anak perempuan berusia tiga, empat dan 10 tahun berkata, mereka menyewa di kawasan itu sejak lima tahun lalu.
“Isteri saya cuba menyelamatkan anak-anak kami, hingga menyebabkan kakinya cedera,” kata Faldian, 55, menambah isterinya yang hamil telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Kasim Muda, yang turut berada di tempat kejadian, berkata penemuan awal menunjukkan mereka yang terjejas menyewa di kawasan itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



