Kilang perkakasan di Sungai Buloh musnah terbakar

3 Jul 2026 • 9:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kilang perkakasan di Sungai Buloh musnah terbakar

SHAH ALAM, 3 JULAI: Sebuah kilang perkakasan di Jalan Hillview, Kampung Baru Sungai Buloh mengalami kerosakan teruk selepas hampir keseluruhan premis itu dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.29 pagi.

Beliau berkata, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bersama bantuan BBP Bukit Jelutong kemudian dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.38 pagi dan mendapati api memusnahkan kira-kira 90 peratus struktur kilang berkenaan.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.15 pagi dan kerja-kerja pemadaman serta pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran masih dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ashrul Riezal, kejadian itu tidak membabitkan sebarang mangsa.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved