Kilang kayu terbakar 40 peratus

3 Jul 2026 • 8:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kilang kayu terbakar 40 peratus
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kilang kayu, pada Jumaat.
Image from: Kilang kayu terbakar 40 peratus
Keadaan kebakaran sebuah kilang kayu pada Jumaat.

KLANG – Sebuah kilang kayu di Jalan Kapar Batu 5 1/2 di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.05 pagi2.

"Seramai 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara serta bantuan BBP Kapar dan BBP Pelabuhan Klang bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh ebam kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

**media[3569726]**

Ashrul Riezal berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira enam minit selepas menerima panggilan dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang kayu yang merupakan bangunan kelas B.

"Anggaran kebakaran adalah sekitar 40 peratus dan kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa," katanya.

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 2.05 pagi dan kerja-kerja pemadaman serta pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran masih dijalankan.

"Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved