Kilang Proses Cat Musnah Dalam Kebakaran

29 Apr 2024 • 11:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kilang Proses Cat Musnah Dalam Kebakaran

SHAH ALAM, 29 April (Bernama) — Sebuah kilang memproses cat musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Makhtar berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kecemasan pada pukul 6.34 pagi.

Beliau berkata 39 pegawai dan anggota bersama jentera dari dari lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) antaranya BBP Kapar, BBP Klang Utara dan BBP Andalas bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran selepas mendapat panggilan kecemasan.

“Kerja pemadaman turut melibatkan pasukan dari BBP Pelabuhan Klang, BBP Kota Raja, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong serta BBP Rawang

“Kebakaran melibatkan dua bangunan kilang memproses cat. Semasa tiba api sedang marak dan sebahagian besar bangunan sudah dijilat api,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata kejadian tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan, dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved