Menakutkan, Api Kebakaran Kilang Proses Cat Menjulang Tinggi

29 Apr 2024 • 4:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kebakaran dua kilang memproses cat di Taman Perindustrian Meru. - gambar JBPM Selangor

Kebakaran sebuah kilang memproses cat di Taman Perindustrian Meru, dekat sini pagi tadi, mengundang kebimbangan penduduk setempat ekoran api yang marak dan menjulang tinggi.

Kejadian yang dipercayai bermula kira-kira jam 6.30 pagi itu membabitkan dua kilang memproses cat, serta memusnahkan sebahagian besar bangunan berkenaan.

Ekoran kebakaran, dua sekolah di Meru, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Meru dan sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) diarahkan tutup kira-kira jam 7 pagi manakala guru serta murid diarahkan pulang.

Pegawai Bomba Kanan II (Komander Operasi Kanan) PBK II Nurul Azman Muhammadan, yang mengesahkan penutupan itu, berkata pihaknya mendapat makluman sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Kebakaran itu juga menyebabkan kawasan kedua-dua sekolah itu dilitupi asap tebal yang membawa bahan kimia.

Seramai 39 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, BBP Bukit Jelutong, BBP Andalas, BBP Klang Utara, BBP Pelabuhan Klang, BBP Klang Selatan, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong, BBP Rawang, BBP Pulau Indah BBP Damansara dan BBP Kuala Lumpur dikerahkan ke lokasi. – Getaran, 29 April 2024

@getaranmy Kebakaran tercetus awal pagi Isnin dan sebanyak 39 anggota dan jentera dari 11 Balai Bomba dan Penyelamat telah dikerah ke lokasi. Kebakaran itu juga mengakibatkan kebakaran susulan di beberapa kawasan berhampiran. Video: Orang Awam #getaranmy #kebakaran ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved