Kilang proses minyak sawit mentah terbakar, dua pekerja melecur

7 Feb 2025 • 6:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SEREMBAN, 7 FEB: Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima makluman mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 43 dan 36 tahun itu pada 1.09 petang.

“Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

“Kebakaran melibatkan sebahagian daripada struktur kilang berukuran 7,534 kaki persegi iaitu di bahagian gudang memproses minyak sawit mentah, sebuah ‘skylift’ dan jengkaut dengan kebakaran dianggarkan 20 peratus,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan tersebut, bomba membuat kerja ‘overhaul’ menggunakan salur bantu mula premis dan dua pancutan satu aliran 300’ pam jentera dan kebakaran berjaya dipadamkan pada 1.55 petang.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved