Kilang sekerap plastik disyaki punca pencemaran air Telok Gong Klang

LocalEnvironment
13 Sep 2026 • 11:07 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kilang sekerap plastik disyaki punca pencemaran air Telok Gong Klang

SHAH ALAM, 13 SEPT: Sebanyak 19 kompaun dikeluarkan dalam operasi bersepadu pemantauan pencemaran air dan bau di Jalan Udang Galah, Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Operasi melibatkan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melalui Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Penguatkuasa bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor susulan aduan pencemaran air dan bau di parit awam kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan termasuk pemantauan menggunakan dron oleh JAS mendapati sebuah kilang memproses sekerap plastik disyaki menjadi punca pencemaran.

"Pemeriksaan lanjut mendapati air berwarna hijau di dalam premis berpunca daripada aktiviti pencucian sekerap plastik, manakala loji rawatan air sisa didapati tidak berfungsi sepenuhnya.

"Susulan itu, Jabatan Pelesenan mengeluarkan notis niat pembatalan lesen serta empat kompaun terhadap premis berkenaan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

JAS Selangor turut menahan operasi mesin mencuci sekerap plastik dan mengambil sampel untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, tujuh premis berhampiran saliran diperiksa dengan enam daripadanya didapati tidak mempunyai lesen industri bagi tahun 2026.

Jabatan Pelesenan mengeluarkan 12 kompaun dan satu notis, manakala Jabatan Penguatkuasa mengeluarkan 2 kompaun serta Jabatan Kesihatan mengeluarkan satu kompaun.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) turut mengambil sampel bagi mengenal pasti kandungan bahan pencemar untuk analisis lanjut oleh Jabatan Kimia Malaysia.

MBDK komited dalam memperkukuh kerjasama bersama agensi berkaitan menerusi pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan komuniti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved