Kilang simpan bahan kimia terbakar

24 Apr 2025 • 5:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Struktur bangunan dipercayai bangunan kilang termasuk beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan sekitar turut musnah dalam kebakaran tersebut.

image is not available
Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran berkenaan.

image is not available
Kilang terbabit terbakar.

KULAI – Sebuah kilang penyimpanan bahan kimia di Taman Desa Idaman, Senai di sini hampir musnah dalam kebakaran petang tadi.

Menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Fauzi Awang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada jam 2.13 petang.

Katanya, setelah menerima panggilan, tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT), dua jentera perkhidmatan, penyelamatan, perawatan, kecemasan (EMRS), satu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara, dua lori tangki air dan 34 anggota bomba dari BBP Kulai, Skudai, Kempas dan Pontian Baru dihantar ke lokasi sejauh 16 kilometer (km).

**media[3098709]**

“Sebaik tiba ke lokasi pada jam 2.35 petang bersama Komander Operasi Kanan, PPgB, Mohd Roizani Rosdi didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang penyimpanan bahan kimia.

“Api kelihatan marak dan kerja-kerja pemadaman telah dan masih berjalan ketika ini berikutan kebakaran masih belum terkawal sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

**media[3098710]**

Bagaimanapun setakat ini, difahamkan kejadian kebakaran itu tidak melibatkan sebarang mangsa.

Difahamkan, kerja-kerja pemadaman di lokasi masih berjalan ketika ini.