Kilat Boy Komen Insiden Pergaduhan Sarawak Dan Wilayah Persekutuan SUKMA 2024

15 Aug 2024 • 6:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

SUKMA 2024, petinju nombor 1 Malaysia bahas kontroversi perlawanan bola antara Wilayah Persekutuan dan Sarawak

Kilat Boy Komen Insiden Pergaduhan Sarawak Dan Wilayah Persekutuan SUKMA 2024. Perlawanan bola sepak lelaki di SUKMA 2024 Sarawak telah diganggu oleh insiden pergaduhan semasa pertandingan antara pasukan tuan rumah dan Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Pasukan Sarawak di bawah bimbingan Awangku Shahbuddin gagal meraih kemenangan penuh, hanya mampu seri 1-1 dengan Wilayah Persekutuan dalam perlawanan Kumpulan D pada hari Rabu.

image is not available
Kilat Boy Komen Insiden Pergaduhan Sarawak Dan Wilayah Persekutuan SUKMA 2024

Wilayah Persekutuan mendahului dengan gol Muhammad Shairul Aikal Mohamad Nasir pada minit ke-28. Sarawak menyamakan kedudukan pada minit ke-59 melalui pemain gantian, Mohamad Faris Mohd Faidillah.

Menjelang akhir separuh masa pertama, penjaga gol Sarawak, Faridzuan Pekan, bertindak ganas dengan menendang dan menolak pemain lawan, mencetuskan pergaduhan. Faridzuan menerima kad kuning sebelum menolak seorang lagi pemain lawan hingga terjatuh. Rakan sepasukan cuba menenangkannya.

Yang menghairankan, pengadil tidak mengeluarkan kad merah kepada Faridzuan walaupun dia melakukan dua kesalahan serius berturut-turut.

Dalam pada itu, petinju kelahiran Sri Aman yang juga dikenali sebagai Daeloniel Mc Delon atau gelaran ‘Kilat Boy’ itu berkongsi berkongsi pendapatnya mengenai pergaduhan tersebut.

“Bro, kalau nak main tumbuk-tumbuk, jangan main bola bro, baik main sukan tinju ke, muay thai ke baru cute, kalau nak main tinju sini saya boleh ajarkan,” ujarnya di laman TikTok.

Bahkan, rata-rata netizen di media sosial turut mengkritik tindakan Faridzuan, mengatakan kejadian sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam pertandingan yang melibatkan pemain muda.

Baca juga artikel yang berkaitan: