Penutupan Jalan Dan Laluan Alternatif Sempena Upacara Pembukaan SUKMA Di Stadium Sarawak

15 Aug 2024 • 12:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penutupan beberapa laluan akan bermula 17 Ogos ini

Penutupan Jalan Dan Laluan Alternatif Sempena Upacara Pembukaan SUKMA Di Stadium Sarawak. Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuching telah mengumumkan rancangan pengurusan lalu lintas bagi upacara pembukaan SUKMA XXI Sarawak 2024 yang akan bermula pada pukul 7 malam, 17 Ogos di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Menurut notis yang dikeluarkan, PDRM Daerah Kuching akan melaksanakan penutupan jalan di beberapa laluan bermula pukul 3 petang untuk memudahkan kelancaran trafik:

Penutupan beberapa laluan bagi pembukaan SUKMA XXI

  1. Bulatan SESCO
  2. Bulatan Kesuma Resort
  3. Jalan masuk ke tempat letak kereta di hadapan Stadium Sarawak
  4. Jalan lencongan ke tempat letak kereta di belakang Stadium Sarawak
  5. Persimpangan dari gelanggang skuasy ke Stadium Sarawak
  6. Jalan masuk ke Pintu ‘D’ Stadium Sarawak
  7. Jalan masuk ke Pintu ‘A’ Stadium Sarawak
  8. Penutupan sebelum simpang Stadium Village

image is not available
Penutupan Jalan Dan Laluan Alternatif Sempena Upacara Pembukaan SUKMA Di Stadium Sarawak

Menurut sumber, pengunjung yang hadir ke acara tersebut dinasihatkan untuk menggunakan laluan berikut untuk ke tempat letak kereta awam yang telah ditetapkan:

  1. Dari Bulatan SESCO, disarankan untuk pusing balik di Bulatan Casuarina dan terus melalui Jalan Casuarina ke Jalan Lingkaran Stadium.
  2. Kenderaan yang melalui Jalan Diplomatik boleh terus ke tempat letak kereta di belakang Stadium Sarawak.

Untuk keluar dari kawasan stadium, laluan berikut disarankan:

  1. Kenderaan dari tempat letak kereta Stadium Sarawak hendaklah keluar menggunakan Jalan Diplomatik menuju ke Jalan Demak.
  2. Kenderaan dari Jalan Lingkaran Stadium hendaklah keluar melalui Jalan Lingkaran Stadium ke arah Jalan Casuarina.

PDRM Daerah Kuching juga meminta orang ramai untuk tidak meletak kenderaan di bahu jalan dan merancang perjalanan awal dengan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Baca juga artikel yang berkaitan: