
RANAU: Pengguna jalan raya dinasihatkan berwaspada ketika menggunakan laluan Kilometer 11 Jalan Ranau - Tambunan yang kini dikenal pasti sebagai kawasan berkemungkinan tinggi berlaku kemalangan.
Satu kemalangan jalan raya telah berlaku berhampiran Kampung Kinarasan melibatkan sebuah lori tangki dan sebuah kenderaan Perodua Axia baru-baru ini.
Kenderaan Axia yang datang dari arah Ranau telah hilang kawalan akibat panik apabila bertembung dengan lori dari arah bertentangan di jalan yang sempit menyebabkan kereta berkenaan terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 10 hingga 15 meter.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Tiga daripada lima mangsa dalam Perodua Axia mengalami kecederaan ringan.
Beberapa hari kemudian satu lagi kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Toyota Avanza berlaku di lokasi yang sama.
Kenderaan terbabit turut terbabas ke dalam gaung sedalam 30 hingga 50 meter menyebabkan pemandu lelaki tempatan mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki.
Hasil pemeriksaan lanjut Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Ranau di lokasi kemalangan mendapati terdapat keadaan jalan yang sempit disebabkan kerosakan pada bahu jalan (batu runtuh lama).
Kawasan tersebut juga merupakan selekoh curam tanpa penghadang keselamatan selain permukaan jalan yang licin semasa hujan dan ketiadaan papan tanda amaran di lokasi.
Dalam pada itu IPD Ranau telah mengemukakan laporan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah untuk tindakan segera bagi pemasangan papan tanda dan kerja-kerja pembaikan.
Bagaimanapun pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan terbabit supaya berhati-hati serta elak memotong di jalan yang sempit dan selekoh tajam.


