Kim Jungnan Puji Song Joongki Lebih Bagus ‘Hal’ Ini Berbanding Hyunbin & Kim Soohyun

EntertainmentMovie
23 Sep 2024 • 11:12 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti lain perasaan apabila dapat bekerja dengan ramai pelakon hebat kan?

Dalam episod terbaru “My Ugly Ducklings”, Kim Jung-nan ditanya soalan cepumas oleh hos,

Daripada Kim Soo-hyun dalam ‘Queen of Tears’, Hyun Bin dalam ‘Crash Landing on You’, dan Song Joong-ki dalam ‘Reborn Rich’, siapa yang anda rasa paling menarik secara peribadi?

Tanpa ragu-ragu, pelakon wanita itu memilih Song Joong-ki dan berkata,

Dia sangat pandai menjaga orang di sekelilingnya, dia bersifat maskulin, berkarisma, dan mempunyai kepimpinan yang hebat. Ada sesuatu tentang dirinya yang menyatukan semua orang.

image is not available

Shin Dong-yup bersetuju,

Saya pernah minum bersama dia beberapa kali, dan dia menjaga orang di sekelilingnya, seperti 4 atau 5 orang, tanpa menonjolkan diri, dengan cara yang sangat semula jadi sehingga tiada siapa yang rasa tidak selesa.

Tambah Kim Jung-nan, lelaki itu sangat memahami tanggungjawab sebagai pelakon utama dan sering memberikan ruang buat pelakon pembantu.

Baik kan dia?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.