Kim Pan Gon ‘Rayu’ Penyokong Harimau Malaya Turun Ke SNBJ Esok

15 Nov 2023 • 10:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
harimau malaya

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, berharap akan ‘kebanjiran’ penyokong setia Harimau Malaya semasa perlawanan Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Kredit: Berita Harian

Pusingan yang sangat penting buat Harimau Malaya

Memetik laporan dari Bernama, Pan Gon memaklumkan yang sokongan padu daripada peminat tempatan adalah penting dalam perlawanan ini kerana dianggapnya sangat penting bagi pasukan Harimau Malaya dalam usahanya untuk layak ke pusingan ketiga.

Jurulatih dari Korea Selatan itu menyatkaan yang kelebihan bermain di gelanggang sendiri harus dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja oleh pemain tetapi juga penyokong untuk menimbulkan rasa gerun bagi mana-mana lawan sebelum pasukannya menentang ‘The White Falcons’ di tempat lawan.

“Jika anda mahu ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia, perlawanan ini adalah penting bagi kita. Tanpa sokongan anda, kita tidak boleh berbuat apa-apa, kita mahu menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri sepenuhnya dan setiap penyokong perlu datang untuk mencipta persekitaran terbaik.

“Ini adalah ‘rumah’ kita, sesiapa yang datang ke sini, suasana di stadium sepatutnya rasa gerun kepada pasukan lawan. Hanya 10,000 (penonton) tidak boleh membuat mereka rasa gerun,” katanya.

image is not available

Kredit: The Vibes

Sehingga jam 10 pagi tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan sebanyak 7,587 keping tiket perlawanan antara Malaysia menentang Kyrgyzstan telah terjual.

Sumber: Bernama