Kim Seri Ada Kes Penipuan Lain Sebelum Kantoi ‘Scam’ Pakej Pelancongan? – “Dia Penjenayah Pandai Manipulate”

LocalEntertainment
18 Sep 2025 • 2:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang individu tampil mendakwa pempengaruh dari Malaysia, Kim Seri sudah mempunyai kes penipuan lain sebelum tular kes menipu pakej pelancongan ke Korea.

Menerusi Threads, individu itu mendakwa mendengar cerita daripada kumpulan pengasas kosmetik di Malaysia yang mendedahkan bahawa mereka pernah membantu Kim Seri dahulu.

Dorang dah tolong Kim Seri dan cakap dengan dia jangan buat ini. Tapi dia buat juga.Duit semua rolling tampung hidup mewah. Itu ini ended up guna duit customer tu rolling itu ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, individu itu juga mendakwa pengasas kosmetik dikenalinya berkata Kim Seri mempunyai tunggakan restorannya sebelum ini sebanyak 60juta won.

Ikutkan benda ni dah hampir kantoi pasal rolling duit customer untuk restoran. End up kantoi semua penipuan dan scam dia masa trip kitaorang.

Individu berkenaan juga mendakwa Kim Seri sengaja meminta simpati orang dan cuba ‘play victim’ dengan mereka cerita tentang mahu membunuh diri dan mendakwa ditipu rakannya.

Nak raih simpati ramai orang, menipu orang untuk dia teruskan hidup selepas jenayah tipu dan scam dia kantoi.

image is not available

Dia turut menggesa orang ramai berhenti menyokong Kim Seri dan berkata wanita tersebut pandai mengambil kesempatan untuk manipulasi orang lain.

Apa-apa korang tolong stop sokong dia. Kim Seri ni penjenayah pandai nak manipulate korang. Ini bukan soal jatuh periuk nasi dia, ni soal jenayah dia.

image is not available

image is not available 2025-08-24 10:10:57

Ugut Ingin Bunuh Diri, Kim Seri Didakwa Raih Simpati Untuk Pinjam Duit Puluhan Ribu - "Dah Dapat Terus Diam"