Kim Seri Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Selepas Kecoh Khidmat Pelancongan Gagal

LocalEntertainment
21 Nov 2024 • 11:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kim seri

Pempengaruh dan usahawan popular Malaysia yang kini menetap di Korea Selatan, Kim Seri, menjadi perhatian selepas menerima kritikan pedas mengenai pengurusan syarikatnya, terutama dalam sektor pelancongan.

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan mendakwa perkhidmatan yang ditawarkan selain perkhidmatan agensi yang tidak cekap.

image is not available

Kim Seri buat pengakuan & permohonan maaf terbuka

Tidak berdiam diri, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman TikToknya. Dia mengakui kelemahan dalam pengurusan syarikatnya dan menyatakan keletihan sebagai ibu tunggal menjadi punca utama.

image is not available

Saya Kimseri dengan ini mengakui sememangnya ada banyak kelemahan di bahagian pengurusan. Setelah menjadi ibu tunggal yang menguruskan segalanya, saya agak burn out, kekurangan masa dan terkejar-kejar. Saya akui saya gagal dalam pengurusan syarikat.

Saya akui saya gagal dalam pengurusan syarikat, pengurusan perniagaan dan lain-lain. Saya merendahkan diri memohon maaf di atas segala kekurangan dan review yang buruk atas bahagian pengurusan kami.- Kata Kim Seri.

image is not available

Kim Seri minta ruang & masa

Kim Seri juga memohon ruang dan masa untuk memperbaiki segala kelemahan dalam pengurusan perniagaannya. Dia berjanji untuk mengambil langkah proaktif demi meningkatkan mutu perkhidmatan syarikatnya.

Berikan saya sedikit masa untuk memulihkan segala kekurangan. Terima kasih atas segala kritikan membina. Mohon maaf lagi sekali,” tambahnya.

Terdahulu, beberapa pelanggan yang pernah menggunakan pakej pelancongan Kim Seri mendakwa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Isu ini menjadi tular di media sosial, menambah tekanan kepada Kim Seri untuk bertindak.

image is not available

#OhmediaNasihat

Kritikan adalah peluang untuk memperbaiki diri dan perkhidmatan. Sebagai pelanggan, kita ada hak untuk bersuara kerana wang ringgit telah dikeluarkan dengan harapan mendapat khidmat yang terbaik.

Untuk usahawan, ambillah maklum balas dengan positif dan gunakan ia sebagai panduan untuk terus maju!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Kim Seri