“King Jarang Tak Padu!” – Lelaki Pandu Perodua Myvi Hingga Ke Negara China Buat Ramai Teruja

LocalCars
12 Feb 2025 • 3:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Siapa sahaja yang tidak suka melancong ke luar negara? Tanyalah kepada sesiapa pun, pasti akan menyuarakan hasrat itu jika berpeluang.

Bagi kebanyakan orang, sudah pastilah pengangkutan udara sering menjadi pilihan jika berkunjung ke luar negara.

Namun, ada juga yang mahu mencipta kelainan dengan melalui jalan darat dengan menggunakan kenderaan sendiri walaupun mengambil masa yang agak lama.

Lelaki Pergi Negara China Dengan Memandu Kereta Myvi

Berbeza dari kebiasaan, itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki apabila memilih jalan darat dengan hanya menggunakan kereta untuk melancong ke negara China.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Muhamad Fuad Ashaari menerusi Kumpulan Facebook Myvi 3rd Generations Club Malaysia.

Apa yang menjadi perhatian adalah perjalanan lelaki ke negara itu hanyalah menggunakan kereta yang mendapat gelaran King Malaysia iaitu Perodua Myvi generasi ketiga.

Lebih menarik, melalui perkongsiannya itu, dapat dilihat dia telah sampai ke daerah Deqin, Yunnan, China yang pada ketika ini sedang mengalami cuaca sejuk.

Malah, dapat dilihat sebahagian cermin hadapan Myvi miliknya dilitupi ais seperti salji.

“Bawa Myvi jalan-jalan bercuti di tempat sejuk. Tahan kereta ini mengharung jalan di China tanpa masalah insya-Allah,” kongsinya.

image is not available
Foto: Facebook

Perjalanan Ambil Masa Selama 10 Hari, Bergerak Dari Bangi

Kongsi Fuad menerusi ruangan komen, dia memulakan perjalanan ke negara China itu bermula dari Bangi yang mengambil jarak dianggarkan sejauh 4,000 kilometer (km) sehala.

Menerusi semakan kami di Google Maps, jarak perjalanan ke Wilayah Deqin adalah sekitar 4,512 km dengan tempoh pemanduan 64 jam jika tanpa henti.

image is not available

Malah, difahamkan, perjalanannya itu mengambil masa selama 10 hari untuk sampai ke China dan kos minyak yang ditanggungnya untuk perjalanan pergi balik berjumlah RM2,000.

image is not available

Ketika ditanya tentang bagaimana dia menyesuaikan kenderaan tersebut dengan cuaca sejuk sebegitu, Fuad menjelaskan dia menggunakan minyak enjin jenis fully synthetic daripada Perodua dan memasang pemanas mudah alih (portable heater).

image is not available

image is not available

Tayar yang digunakan pula hanyalah tayar biasa memandangkan musim sejuk di sana telah hampir ke penghujungnya.

image is not available

Ramai Teruja Lihat Myvi Dah Sampai Negara China

Hantaran yang telah mendapat lebih 11,000 tanda suka itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang rasa teruja melihat kereta keluaran Malaysia itu mampu berjalan jauh sehingga ke luar negara.

Malah, ruangan komen turut dipenuhi dengan pertanyaan tentang tips dan kos pengguna itu pergi ke sana.

Tidak kurang ada juga yang berkongsikan pengalaman sama menggunakan kenderaan sendiri seperti motosikal dan Proton Exora berkunjung ke Deqin, China.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Hebat! Tak Semua Orang Mampu Buat Ni Bang”

image is not available

“Terbaik Bro! Saya Pernah Overland Ke Yunnan Tahun 2014 Dengan Exora”

image is not available

“Hebat Bang Bawa Myvi Je. Tahniah! Saya Nak Sampai Naik Motor Pun Azab Jauhnya”

image is not available

“Tahniah Bang! Rare! Doakan Kami Dapat Peluang Macam Ni”

image is not available

“Dasyat! Boleh Share Pengalaman Perjalanan?”

image is not available

“Salute Bang! Bawa Jenama Malaysia Sampai Ke China”

image is not available

Source: