King Myvi Memandu Secara Terbalik Cetus Kebimbangan Netizen

15 Jul 2024 • 12:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular di media sosial, aksi ‘Fast and Furious’ pemandu Myvi di selekoh Kundasang

King Myvi Memandu Secara Terbalik Cetus Kebimbangan Netizen. Satu perkongsian di media sosial telah mendapat perhatian ramai mengenai sebuah kereta Myvi berwarna hitam yang dipandu secara berbahaya di Kundasang, Sabah.

Menerusi hantaran yang dikongsi di TikTok menunjukkan Myvi, yang digelar ‘King Of The Road’, sedang bergerak secara terbalik atau reverse.

image is not available
King Myvi Memandu Secara Terbalik Cetus Kebimbangan Netizen

Lebih membimbangkan lagi, kereta itu dipandu di selekoh jalan Kundasang, mewujudkan risiko kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Watak dalam filem Fast and Furious pun tak berani buat begini di jalan Kundasang,” ujar pemilik akaun TikTok yang memuat naik video itu.

Pelbagai reaksi daripada netizen

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mempersoalkan tujuan pemandu Myvi itu berbuat demikian.

Ada juga yang bergurau mengatakan pemandu tersebut mungkin telah belajar teknik memandu daripada Paul Walker, pelakon terkenal dalam filem Fast and Furious.

Baca juga artikel yang berkaitan: