Netizen Berang Mesin Layan Diri ‘Vape’ Diletak Dalam Pusat Beli Belah, Remaja Bawah Umur Pun Boleh Beli

13 Jul 2024 • 4:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemunculan mesin layan diri ‘vape’ di sebuah pusat membeli belah terkemuka ibu negara menaikkan kemarahan dan mengundang kritikan warganet di media sosial baru-baru ini.

Menurut warganet meletakkan mesin itu di tempat awam sebegitu tidak patut dan seolah-olah menggalak serta mempromosikan tabiat merokok memandangkan sesiapa sahaja boleh membeli dari mesin tersebut.

Tak perlu imbas MyKad untuk pengesahan umur. Hanya bayar dengan kad atau e-dompet.

Pelanggan boleh membeli dengan mudah dengan hanya menyentuh skrin dan membayar sebelum mesin itu mengeluarkan produk vape dipilih.

 

KKM arahkan henti operasi

Susulan penularan isu itu, pihak pengurusan pusat membeli belah terbabit dilaporkan telah diarah untuk menghentikan operasi mesin tersebut serta merta.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata pihaknya memandang serius isu itu dan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), Seksyen 10 memperuntukkan larangan penjualan dan pameran semua produk merokok, termasuklah menerusi kaedah mesin layan diri.

Bagi aduan ini, pihak KKM telah turun dan bertemu dengan pihak pengurusan pusat membeli belah yang terlibat bagi menerangkan tentang larangan penjualan menerusi mesin layan diri tersebut.

image is not available

Difahamkan, semua pegawai penguatkuasa KKM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara telah mengikuti Siri Taklimat Penguatkuasaan Akta 852 bermula 9 Jun 2024 bagi memaklumkan tentang larangan-larangan yang terdapat di bawah Akta 852 dan peraturan di bawahnya termasuk larangan penjualan produk merokok melalui mesin layan diri.

image is not available 6 months ago

"Itu Hanyalah Main-Main.." - Puteri Sarah Didakwa Kantoi Hisap 'Vape' Ketika 'Live', Rakan Karib Beri Penjelasan