Lanjutan daripada perkongsian 6 lebuhraya yang akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka – membolehkan pengguna membayar menggunakan kad kredit dan debit selain Touch n Go, kini Menteri Kerja Raya mengumumkan penambahan 5 lagi lebuhraya baharu dibawah projek sistem pembayaran terbuka ini.
Lebuhraya yang terlibat ini adalah, termasuk:
- Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
- Skim Penyuaraian Trafik KL Barat (SPRINT)
- Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
Terowong SMART - Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Sungai Besi
- Lebuhraya Baru Pantai
- Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur
- Lebuhraya Koridor Guthrie
- Jambatan Pulau Pinang
- Lebuhraya Butterworth – Kulim

Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini akan dimulakan pada pertengahan September 2023 kelak.
Dengan penawaran ini, ia dijangka memberikan kebebasan untuk pengguna dalam melakukan pembayaran tol, dan mengatasi masalah tidak mencukupi baki serta lain-lain.
Sebyk 5 lagi lebuhraya tlh b’setuju utk menawarkan sistem p’byrn t’buka yg akn dimulakan pd pertghan Sept 2023.
Ini m’jdkan keseluruhan jumlah l/raya yg bakal t’libat kpd 11.
Maklumat penuh sy kongsikan di di FB saya.
Terima kasih & syabas kpd yg terlibat! pic.twitter.com/A0zt1EUtUy


