Proton X90 Disahkan Bakal Dipasarkan Dalam 4 Variasi – Hadir Dengan Sokongan Sistem Autonomi Tahap 2

TechnologyDigitalCars
28 Mar 2023 • 6:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Proton kini telah mengesahkan bakal memperkenalkan kereta mercu mereka seterusnya dibawah segmen-D SUV, iaitu Proton X90.

image is not available

Kenderaan ini akan hadir dalam empat variasi berbeza, dengan model paling tinggi adalah Proton X90 Flagship. Kesemua model hadir dengan tujuh tempat duduk, dan hanya model Flagship hadir dengan empat tempat duduk. Hal ini kerana rekaan tempat duduk yang lebih selesa untuk model paling mercu berbanding yang lain.

image is not available

Proton X90 hadir dengan integrasi sistem hibrid, menggunakan enjin turbo tiga silinger 1.5L, dengan kuasa pecutan 300Nm. Kenderaan ini juga hadir dengan penawaran sokongan swapandu tahap 2.

Sistem bantuan pemandu juga boleh mempelajari isyarat di jalan raya, dan memperlihatkan ia kepada pemandu.

image is not available

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh jualannya masih belum diketahui. Tetapi, Proton menyasarkan untuk memasarkan ia dan pralihat akan kenderaan ini di 6 bandar sekitar Malaysia bermula April kelak.