Kini Anda Boleh Gunakan ChatGPT Tanpa Perlukan Sebarang Akaun Berdaftar

TechnologyDigital
2 Apr 2024 • 7:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI sedia menawarkan ChatGPT kepada umum sejak penghujung 2022 lepas. Namun, untuk menggunakannya ini, para pengguna memerlukan sebuah akaun berdaftar, sebelum dapat menggunakannya.

image is not available

Perkara berkenaan berubah bermula hari ini, dimana OpenAI membuka akses ChatGPT kepada semua, sekaligus membolehkan orang ramai menggunakannya tanpa perlukan sebarang akaun.

Kini, apabila anda melayari laman ChatGPT, ia akan memaparkan tetingkap perbulaan terus untuk anda berinteraksi dan mendapatkan jawapan yang diinginkan.

Namun, sekiranya anda inginkan ciri seperti memori dan sebagainya, anda perlu mempunyai akaun berdaftar pada ChatGPT. Perbualan yang anda lakukan juga tidak akan disimpan, dan dipadam sebaik sahaja anda menutup tetingkap berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved