Kini Anda Boleh Mengembalikan Mesej Yang Dipadam Tanpa Sengaja Pada WhatsApp

TechnologyDigital
20 Dec 2022 • 7:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp kini menambah sebuah ciri yang diinginkan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu kebolehan untuk “Undo” atau mengembalikan semula mesej yang dipadam oleh anda tanpa sengaja.

Melalui WhatsApp, anda boleh memadam sesuatu mesej – sama ada untuk anda sendiri, atau untuk semua penerima mesej tersebut.  Ciri baharu ini menyasarkan kepada pengguna untuk mengembalikan semula mesej yang anda padam tanpa sengaja dibawah label “Delete For Me” atau “Padam Untuk Diri Sendiri”.

image is not available

Menjadi kebiasaan untuk pengguna ingin memadam mesej yang dihantar untuk semua orang, tetapi tertekan pada bahagian hanya untuk diri sendiri. Dengan ciri ini, pengguna boleh mengembalikan semula mesej yang ingin dipadam kepada semua, dan bukan sekadar untuk diri sendiri sahaja.

WhatsApp memberikan masa sekitar 5 saat untuk pengguna memilih untuk “undo” atau memadam ia selamanya selepas itu. Ciri baharu ini ditawarkan pada Android dan juga iPhone.