Google hari ini mula memperkenalkan kemaskini kecil pada Google Docs, iaitu membolehkan Gemini membacakan dokumen yang sedang dibuka. Google mengatakan ini akan membantu pengguna menyerap sesuatu informasi dengan lebih baik – iaitu apabila membaca sambil mendengar.

Disamping itu, integrasi ini juga dijangka akan membolehkan anda mengenal-pasti sesuatu kesilapan dalam penulisan. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka dokumen di Google Docs, dan seterusnya memilih Audio > Listen to this tab.
Buat masa ini, ciri ini masih diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka ditawarkan kepada semua dalam masa beberapa hari lagi untuk pengguna perusahaan, pendidikan dan juga untuk mereka yang mempunyai langganan Google AI Pro.

