Google Gemini hari ini memperkenalkan sebuah ciri baharu dikuasakan kecerdasan buatan, iaitu “Storybook”. Melaluinya, ia memfokuskan kepada penghasilan buku cerita bergambar, yang turut dioptimasikan untuk bacaan kanak-kanak. Ciri ini ditawarkan secara percuma, melalui Gemini.

Seperti biasa, pengguna boleh menghantar permintaan dalam bentuk teks, dan ia akan menjana buku cerita bergambar berkenaan. Ia turut hadir dengan sokongan audio, membolehkan untuk anda mendengar cerita berkenaan sambil membacanya. Percubaan kami untuk menjana dalam bahasa Malaysia juga turut membawa hasil yang baik.
Dengan langkah ini, ia dijangka memudahkan pemahaman kanak-kanak untuk topik dan tajuk yang sukar, selain turut digunakan dalam pembelajaran. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Storybook di Google Gemini hari ini.

